PETALING JAYA – Bekas isteri View Chin, Shermine Ah Moi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya itu atas tuduhan curang yang dilemparkan kepadanya.
Dia yang membuat satu hantaran ‘story’ di akaun Facebook miliknya hari ini berkata demikian selepas dituduh mempunyai skandal sehingga menjejaskan reputasinya.
Bukan itu sahaja, dia juga akan menuntut ganti rugi serta pampasan daripada View Chin atas tuduhan yang dilemparkan.
“Akibatnya, mereka telah merosakkan reputasi saya. Saya dengan ini berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi serta pampasan,” katanya.
Sebelum ini tular di media sosial apabila Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp antara View Chin dan Mira yang didakwa ‘berskandal’ di TikTok dan Facebook miliknya.
Hubungan Ah Moi dan View Chin mula bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya bersama Mira semasa dia masih lagi dalam pantang. – KOSMO! ONLINE