fbpx

Temui ajal ketika mahu berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut dalam kemalangan itu di KM 47 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR – Perjalanan seorang pemuda yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR untuk berbuka puasa bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian pukul 6.15 petang itu, mangsa berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menghala ke Pasir Penambang.

Katanya, penunggang itu dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lalu hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa terjatuh berhampiran sebuah treler dan kemudiannya dilanggar jentera berkenaan. Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ramli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI