fbpx

Warga emas Singapura cedera diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mangsa diragut di Jalan SBC 1 Batu Caves, Selangor pagi semalam.

GOMBAK – Seorang wanita warga emas cedera ringan akibat jatuh di atas jalan raya selepas rantai lehernya ditarik peragut di Taman Sri Batu Caves, Batu Caves, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi, wanita berusia 64 tahun berkenaan sedang berjalan bersama suaminya.

“Mangsa, warga Singapura sedang berjalan di Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves, Batu Caves dan tiba-tiba datang seorang lelaki bangsa tidak dikenal pasti menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru.

“Suspek kemudiannya meragut rantai emas milik mangsa namun tidak berjaya kerana rantai itu putus dan jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zainal berkata, suspek terus memecut laju dan melarikan diri setelah menyedari cubaannya untuk meragut rantai emas milik mangsa gagal.

Sehubungan itu, pihaknya juga turut mengesan klip video berdurasi 39 saat yang memaparkan situasi kejadian mangsa diragut pagi semalam.

“Mangsa berkenaan mengalami kecederaan ringan di lutut dan tangan kanan.

“Usaha untuk mengesan suspek terbabit masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Flidza Che Ibrahim di 016-9537372 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI