fbpx

Liga Super: Selangor FC pamer aksi lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Selangor meraikan kemenangan bergaya 5-1 yang direkodkan ke atas TFC sebentar tadi. - Foto oleh MUHAMMAD IQBAL / KOSMO!

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC terus mempamerkan belang pada kempen Liga Super musim ini selepas menewaskan Terengganu FC 5-1 pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe kekal membariskan kesebelasan terbaik dengan Ayron Del Valle, Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal merencanakan jentera serangan.

Skuad tuan rumah tidak menunggu lama untuk meraih gol pembukaan apabila Ayron bijak menyudahkan hantaran kapten pasukan, Brendan Gan untuk meletakkan Selangor FC mendahului seawal minit ke-17.

Gol tersebut menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan dan kini giliran Faisal menambah jaringan kedua berselang empat minit kemudian.

Penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim tewas buat kali ketiga pada babak pertama hasil daripada sepakan penjuru yang berjaya disudahkan oleh pemain pertahanan muda, Harith Haiqal pada minit ke-40.

Bersambung pada babak kedua, skuad Sang Penyu menghidupkan sisa peluang apabila merapatkan kedudukan hasil jaringan pemain import, Ivan Mamut pada minit ke-61.

Namun, Selangor semakin agresif untuk menambah jaringan apabila Ayron meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-71 sekali gus hampir mengesahkan tiga mata penuh buat skuad Merah Kuning.

Pemain gantian, Aliff Haiqal Lau melengkapkan aksi ‘lima bintang’ dengan menjaringkan gol kelima pada minit ke-84 selepas menerima umpanan daripada Ayron dengan keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI