fbpx

Kad khas digunakan kenal pasti peniaga Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahudin Ayub ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific anjuran Yayasan Global Mesra, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketulenan identiti peniaga Menu Rahmah yang ingin menebus potongan harga dijangka akan diputuskan dengan penggunaan kad khas atau didaftarkan dengan syarikat pasar raya yang terlibat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahudin Ayub berkata demikian selepas ditanya mengenai diskaun istimewa bagi peniaga Menu Rahmah yang diumumkan Perdana Menteri, petang tadi.

Katanya, sesi libat urus dengan pasar raya juga telah mencapai kata sepakat dan bersetuju memberikan diskaun khas buat peniaga Menu Rahmah.

“KPDN mungkin akan kenal pasti mereka melalui sistem kad khas atau sistem di pasar raya tersebut untuk diabsahkan mereka sebagai peniaga yang tulen.

“Apabila mereka membeli barangan basah mereka akan mendapat potongan harga, selepas raya kita akan tetapkan bahan apa yang tersenarai,” katanya ketika sidang akhbar majlis berbuka puasa di Seri Pacific Hotel anjuran Yayasan Global Mesra(YGM), di sini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, Salahudin memaklumkan inisiatif Bakul Rahmah telah berjaya dinikmati hampir 80,000 khusus kepada mereka yang miskin tegar.

Jelas beliau, pada awalnya Bakul Rahmah hanya memfokuskan 30 peratus golongan miskin tegar daripada jumlah asalnya sebanyak 135,000 isi rumah.

“Sasaran awal kita hanya 40,000 isi rumah sahaja tetapi dengan kemuliaan hati rakyat Malaysia kita mampu mengedarkan 80,000 bakul rahmah.

“Dijangka dalam tiga bulan lagi, kesemua golongan miskin tegar dapat menikmati bakul rahmah diatas usaha YGM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI