fbpx

Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Aliff di Instagram miliknya yang mengakui insiden pasu pecah hanya 'prank'.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, hari ini tampil membuat penjelasan tentang insiden pasu hiasan mewah di rumahnya yang pecah, dua minggu lalu.

Aliff menerusi Instagramnya, menyatakan rasa sedih dihina orang ramai sedangkan beliau hanya bertindak ‘menjalankan tugas’ semata-mata sekali gus berkongsi video kejadian sebenar.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan orang ramai kepada saya melampau.

“Sedih saya. Untuk elakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada pemasaran mana-mana pihak mahupun tiada pergaduhan sebenar.

“Apa salah saya kenapa korang kutuk saya sebegitu? Saya hanya buat kerja saya saja. Awak caci, maki saya apa salah saya? Cuba awak tengok video ni. Inilah perkara yang sebenar,” ujarnya.

Pada penghujung video yang dikongsikan itu jelas kelihatan pelakon dan pengacara, Yana Shamsudin, terkejut apabila mengetahui insiden tersebut adalah ‘prank’ semata-mata.

Sebelumnya, Kosmo! melaporkan Yana bertegas enggan membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 seperti dituntut Aliff.

Kata Yana, 39, dia langsung tidak menyentuh barang berharga tersebut yang ketika itu dipegang ahli perniagaan itu, selain mempunyai rakaman kejadian sebagai bukti dirinya tidak bersalah.

Orang ramai rata-rata menyatakan rasa kurang senang dengan adegan tersebut dan menganggap ia teknik pemasaran yang membosankan.

“Tak bosan ke guna pemasaran yang sama tiap-tiap tahun? Dah 2023 orang pun meluat la Datuk,” komen Anuar_rauz.

“Islam tak suka penipuan. Walaupun buat lawak, apatah ‘prank’ orang. Cukup-cukup la buat kandungan ‘prank’ macam ni,” kata Dhiaabdullahdiary.

“Gara-gara cacian netizen, elemen kejutan dalam sesebuah rancangan ‘prank’ dah tak menjadi dah. Kasihan,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI