fbpx

KPT anjur majlis buka puasa rai pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) ketika beramah mesra bersama sebahagian pengamal media yang hadir di Majlis Tautan Kasih Bersama Media, Hotel Royal Chulan, Damansara. - Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kira-kira 170 pengamal media diraikan dalam Majlis Tautan Kasih Bersama Media anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan kementerian atas segala kerjasama pihak media memberikan liputan tentang peranan serta sumbangan KPT kepada negara.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama para pengamal media yang hadir.

Pada majlis tersebut, KPT melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyampaikan sumbangan berbentuk akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM1,000 kepada 10 orang anak-anak pengamal media yang cemerlang dalam pendidikan dan kurang berkemampuan.

KPT menerusi kenyataannya berkata, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

“Turut ditawarkan, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

“Sempena Aidilfitri, PTPTN turut mengadakan Cabutan WOW! Syoknya Raya yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 kepada 23 pemenang bermula 1 Mac sehingga 31 Mei ini.

“Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar 1 peratus juga sedang berlangsung sehingga 31 Julai 2023 sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut mengadakan perkongsian ilmu mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pendidikan fleksibel dan kursus jangka pendek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI