fbpx

Lelaki maut kereta dipandu masuk lubang pembetung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum termasuk ke dalam lubang pembentungan dipenuhi air dalam kejadian di Bandar Letat, hadapan stesen bas pagi tadi. - Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

SANDAKAN – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum termasuk ke dalam lubang pembetung yang dipenuhi air dalam kejadian di Bandar Letat, hadapan stesen bas pagi tadi.

Mangsa berusia lingkungan 40-an berkenaan ditemui selepas pasukan bomba bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengepam keluar air yang dianggarkan sedalam 1.5 meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.29 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Viva telah terbabas sendiri dan termasuk ke dalam lubang pembetung yang dipenuhi air yang dalam proses pembinaan oleh pihak JKR, di tepi jalan terbabir.

“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat di dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi kemudian ditamatkan pada pukul 8.57 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI