PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu, di enam kawasan di seluruh Malaysia.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu di Kuala Lumpur, Jeli (Kelantan) dan Jempol (Negeri Sembilan.
Seterusnya, bagi Sarawak, sebanyak tiga kawasan terlibat dengan cuaca panas iaitu di Marudi, Sibu dan Betong manakala semua kawasan di Sabah dalam pemantauan.
“Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.