fbpx

Terperangkap lebih 5 jam gara-gara selenggara jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESESAKAN teruk di Lebuh Raya Karak dari Plaza Tol Gombak menghala Bentong berikutan penyelenggaraan jalan semalam.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan terpe­rangkap dalam kesesakan lebih lima jam ekoran kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilakukan pagi semalam.
Laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak, Selangor menghala ke Bentong, Pahang.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kesesakan itu berlaku dari Kilometer (Km) 20.2 sehingga Km 31.8.

“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata kenyataan
itu di sini semalam.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna KLK meluahkan rasa tidak puas hati kepada pe­ngendali laluan tersebut ekoran ke­sesakan yang berlaku, memandangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.

Seorang pengguna mempersoalkan tidakkah penyelenggaraan boleh dilakukan pada hari lain dan bukannya ketika orang ramai mula membuat perjalanan pulang ke kampung.

“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabah­lah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria.

Seorang peniaga, Liyana Ghani, 30, yang bertolak dari Johor Bahru pada pukul 10 malam berkata, suaminya terpaksa memberhentikan kereta beberapa kali di tepi jalan ekoran minyak kenderaan yang hampir habis.

“Kami nak balik beraya di Gua Musang. Lama sangat hadap sesak sampai minyak pun nak habis. Risau kalau kereta mati tengah jalan dengan empat orang anak yang masih kecil.

“Kami terpaksa lalu di jalan kecemasan dan berhenti beberapa kali untuk jimatkan minyak bagi memastikan sampai ke stesen minyak berhampiran.

“Bayangkan kami sampai pada pukul 12.30 tengah hari. Memang risau, tambahan kami nampak ada kereta tersadai tepi jalan mungkin sebab enjin dah panas sangat,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo!

Seorang pengguna lain, Nik Muhd. Shafiq, 26, berkata, walaupun jumlah kenderaan agak ba­nyak tetapi kesesakan sedemikian tidak seharusnya berlaku.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua kerja penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara ditangguhkan bagi memudahkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing berkuat kuasa semalam.

Katanya, ia mendapat persetujuan konsesi le­buh raya selama 20 hari bermula semalam sehingga 7 Mei depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI