PELAKON Ria Ricis menepis khabar angin bahawa rumah tangganya bersama Teuku Ryan berantakan menerusi sebuah video penjelasan dalam saluran YouTube miliknya dengan tajuk ‘Kami Baik-Baik Saja’.
Biarpun sudah tampil dengan penjelasan, khabar angin tersebut masih kencang bertebaran selepas wanita itu dilihat menziarahi kubur bapanya tanpa ditemani suami.
Enggan netizen terus membuat spekulasi, Ricis sekali lagi memuat naik video baharu berjudul ‘Alhamdulillah Kami Tetap Bersama’ seolah-olah menegaskan perkahwinan mereka masih utuh.
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan Tueku Ryan atau nama lengkapnya Teuku Rushariandi tidur di pangkuan Ricis bersama anak mereka, Moana.
Bukti tersebut melegakan netizen yang mendoakan rumah tangga pasangan popular berkenaan terus berkekalan.
Mereka berkahwin pada 12 November 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Cut Raifa Aramoana pada 26 Julai 2022.