fbpx

Lelaki tikam kekasih baharu bekas teman wanita dalam bilik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Than Naing pada awalnya hanya berniat menakut-nakutkan pasangan kekasih itu. – Agensi

SINGAPURA  – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menyerang kekasih baharu teman wanitanya menggunakan peralatan tajam selepas berang melihat pasangan tersebut berdua-duaan di bilik sewanya, lapor portal berita Mothership.

Oo Than Naing, 35, mengaku bersalah mencederakan orang lain menggunakan senjata berbahaya.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Than Naing  yang berasal dari Myanmar menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pembantu rumah bernama Mi, namun mereka telah berpisah pada November 2021.

Sepanjang mereka bercinta,  majikan Mi membenarkan wanita itu bermalam di bilik sewa Than Naing di sebuah pangsapuri di Sengkang Barat ketika hujung minggu.

Selepas berpisah, Mi menjalinkan hubungan dengan lelaki lain (mangsa) dan pada 8 Januari lalu, dia membawa kekasih baharunya  ke bilik sewa Than Naing ketika ketiadaan lelaki berkenaan.

Sejurus pulang ke biliknya, Than Naing terkejut melihat pasangan tersebut berdua-duaan di situ dan berang melihat tindakan Mi.

Wanita itu sebaliknya mendakwa dia dan kekasih baharunya hanya berbual dan makan di situ.

Than Naing kemudian mengambil gunting dan pisau dari dapur lalu mengacukan senjata tajam itu ke arah Mi dan teman lelakinya sambil menyuruh mereka keluar dari biliknya.

Ketika bertengkar, pisau yang dipegang Thai Naing terkena betis mangsa sebelum dia menumbuk lelaki itu pada wajahnya dan menendang kaki mangsa.

Selepas menyelamatkan diri, mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan Than Naing.

Menurutnya, dia hanya ingin menakut-nakutkan Mi dan mangsa serta menghalau mereka dari biliknya, namun tidak sengaja mencederakan mangsa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI