fbpx

Kita tidak tahu takdir – Laudya Cynthia Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAUDYA CHINTYA BELLA

FILEM Buya Hamka yang dibintangi Laudya Cynthia Bella dikhabarkan menjadi naskhah terakhir lakonan aktres terkenal itu.

Ketika ditanya tentang perkara tersebut, Laudya berkata, dia tidak tahu apa yang akan ditakdirkan kepadanya pada masa depan.

“Kita tidak tahu takdir Allah ya. Kita tidak tahu apa yang akan ada di depan mata.

“Takdir Allah berubah begitu cepat tanpa kita mengetahui tentangnya. Kita tidak mengatur apa-apa tapi semuanya berubah,” ujarnya yang ditemui media pada pelancaran filem tersebut, baru-baru ini.

Tambah bekas isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran itu lagi, dia tidak terlalu memikirkan perkara yang belum pasti, sebaliknya menikmati saja apa yang harus dijalani.

“Pada saya waktu sangat mahal. Jadi sayang sangat kalau kita memikirkan apa yang jauh di depan. Fikir saja dulu yang ada di depan mata,” ujarnya.

Laudya memegang watak sebagai Siti Rahim dalam filem biografi Buya Hamka yang bakal ditayangkan pada 19 April ini di pawagam Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI