fbpx

Polis tahan dua rakan mangsa bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Polis menahan dua lelaki berusia 37 dan 42 tahun bagi membantu siasatan ke atas kes mayat yang ditemukan rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terbakar dalam kejadian di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, lelaki India tersebut ditahan pada pukul 4 petang semalam, di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan, seorang lagi rakan mangsa ditahan di ibu negara semalam dan kedua-duanya kini direman selama tujuh hari sehingga 5 November depan.

Menurutnya, penahanan dibuat setelah polis membuat siasatan lanjut ke atas nombor casis kenderaan Toyata Harrier yang rentung tersebut.

“Sebelum ini, berdasarkan nombor casis, kenderaan terbabit adalah milik seorang lelaki India beralamat di Subang Jaya.

“Maklumat itu seterusnya membawa polis ke sebuah rumah di Subang Jaya sebelum membawa kepada lelaki itu yang dipercayai kawan pemilik kenderaan tersebut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Artikel berkaitan : Polis sahkan mayat ditemui rentung kes bunuh 

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan pihak Hospital Serdang mendapati ada unsur pembunuhan terhadap mangsa namun siasatan forensik masih terus dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

“Keadaan mayat yang rentung 90 peratus menyukarkan pihak hospital mengenal pasti identiti mangsa, jadi polis belum mendapat pengesahan identitinya dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dibuat.

“Namun, siasatan setakat ini mendapati terdapat unsur-unsur pembunuhan dan sehubungan itu, polis menahan lelaki terbabit untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, motif pembunuhan juga belum dapat dipastikan setakat ini berikutan siasatan masih giat dijalankan.

Kelmarin, polis mengesahkan mayat yang ditemui rentung di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terbakar, awal pagi kelmarin, di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan sebagai kes bunuh.

Pengesahan itu berdasarkan siasatan lanjut yang dibuat ke atas kenderaan Toyata Harrier yang terbakar. – K! ONLINE

SEORANG penumpang SUV ditemui rentung dalam kejadian di Kota Warisan, Sepang.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI