fbpx

Pihak berkuasa AS tutup ‘balai polis’ China di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKUMEN mahkamah menunjukkan gambar 'balai polis' di kejiranan Chinatown, Manhattan. -- AFP

NEW YORK – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan dua lelaki kelmarin kerana didakwa menubuhkan ‘balai polis’ China di New York dan mendakwa berpuluh-puluh pegawai keselamatan China berhubung kempen untuk memantau dan mengganggu warga China yang mencari suaka atau menetap di AS

Polis memberkas Harry Lu Jianwang, 61, dan Chen Jinping, 59,. Penangkapan mereka adalah yang pertama melibatkan kempen disyaki didalangi Beijing untuk menubuhkan pos polis rahsia di seluruh dunia, kata pendakwa raya kanan persekutuan, Breon Peace di Brooklyn.

Peace berkata, mereka menubuhkan pejabat di Chinatown Manhattan tahun lalu atas arahan Kementerian Keselamatan Awam (MPS) cawangan Fuzhou, kononnya, untuk menawarkan perkhidmatan seperti memperbaharui lesen memandu kepada warga China di AS.

Namun, tugas sebenar mereka adalah mengesan, mengganggu dan mengugut penduduk China yang menentang dan menjadi buruan Republik Rakyat China (PRC).

“MPS menubuhkan pos kon-krit iaitu sebuah balai polis di Bandar Raya New York untuk memantau dan menakut-nakutkan penentang dan pengkritik PRC dalam kalangan komuniti diaspora China di AS,” kata timbalan penolong peguam negara di Jabatan Kehakiman, David Newman.

Kanada dan beberapa kerajaan Eropah telah bertindak keras terhadap ‘balai polis’ serupa.

Kewujudan pos sedemikian pertama kali didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Sepanyol, Safeguard Defenders pada tahun lalu.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Jabatan Kehakiman (DOJ) turut mengumumkan pertuduhan terhadap 34 ahli MPS China yang didakwa mengganggu penentang PRC di luar negara termasuk pergerakan agama, Falun Gong yang berpangkalan di AS.

Mereka yang didakwa itu dituduh menganggotai ‘Kumpulan Kerja Projek Khas 912’. Jabatan Kehakiman menyatakan bahawa kumpulan 912 merupakan pasukan petugas MPS yang ditubuhkan untuk memantau penentang PRC di seluruh dunia, termasuk di AS.

Pasukan petugas khas itu mewujudkan beribu-ribu akaun media sosial palsu untuk menyasarkan penentang China menerusi gangguan dan ancaman secara online, demikian menurut pertuduhan di AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI