fbpx

KPM bantu 10 guru, 48 keluarga pulang ke Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta syarikat penerbangan Air Asia bagi membantu seramai 10 guru serta 48 ahli keluarga mendapatkan tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sempena Aidilfitri ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum akan keperluan tiket penerbangan bagi guru yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak sempena hari raya Aidilfitri 2023.

“KPM menerima maklumat seramai 10 orang guru terdiri daripada pelbagai kaum bersama-sama 48 orang ahli keluarga mereka mengalami kesukaran mendapatkan tiket penerbangan pulang ke Sabah dan Sarawak.

“Kami begitu cakna dan memahami kesulitan tersebut dan membantu mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan tiket penerbangan guru bersama-sama ahli keluarga yang terlibat,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, katanya, kesemua 10 orang guru dan 48 orang ahli keluarga masing-masing telah menaiki penerbangan Air Asia seawal 17 April 2023 menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam yang layak diterima.

“Umum mengetahui semua penjawat awam yang layak menerima Waran Perjalanan Udara Awam masih menerima manfaat seumpamanya.

“Justeru, hebahan palsu berkenaan tiket penerbangan percuma pada musim perayaan seperti yang diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial berniat mengelirukan dan sedang dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Menurutnya, KPM juga sentiasa komited untuk terus memastikan kesejahteraan dan kebajikan guru sentiasa dipelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI