fbpx

13 lokasi panas kemalangan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainol (kanan) beramah mesra dengan petugas media pada Majlis Berbuka Puasa Polis Melaka Bersama Media di IPK Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Polis akan meningkatkan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan sempena Op Selamat 20 bermula 20 hingga 27 April ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka telah mengenal pasti 13 lokasi yang berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya.

Katanya, jalan terbabit adalah Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ); Jalan Umbai-Sungai Udang; Jalan Mufti Haji Khalil; Jalan Rembia-Kendong dan Jalan Alor Gajah-Tampin.

“Jalan lain adalah Masjid Tanah-Bukit Sedahan; Lubok China-Hutan Percha dan Tehel-Bemban-Chabau.

“Selain itu di Jalan Merlimau-Jasin; Jalan Serkam-Kesang Tua; Jalan Gapam-Bemban; Jalan Sungai Udang-Selandar dan Batang 3/ Bukit Ramai/ Tanjung Minyak,” katanya pada sidang akhbar Majlis Berbuka Puasa Polis Melaka Bersama Media di sini, semalam.

Tambahnya, pelaksanaan Op Selamat 20 turut memberi fokus kepada usaha pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat.

“Orang awam dinasihatkan memaklumkan pergerakan semasa cuti perayaan melalui penyerahan borang maklum balas balik kampung atau menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.

Dalam perkembangan Op Khas Dadu yang bermula 28 Mac sehingga 7 April lalu, Zainol berkata, seramai 88 individu telah ditahan kerana terlibat dalam sindiket judi atas talian dan judi loteri tanpa lesen.

Menurutnya, penahanan itu melibatkan 70 lelaki dan 18 wanita tempatan membabitkan nilai rampasan berjumlah RM9,136. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI