fbpx

Gempa bumi kuat gegar Selatan Kepulauan Fiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian gempa bumi di Selatan Kepulauan Fiji.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pukul 12.31 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi berkenaan berukuran 6.3 skala Richter.

“Kejadian gempa itu berlaku di 22.4 darjah Selatan dan 179.4 darjah Timur.

“Pusat gempa bumi di 484 kilometer (km) Selatan dari Laucala, Fiji dengan kedalaman 582 km,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, kejadian gempa bumi itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI