fbpx

5 negeri Semenanjung dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap lima negeri sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, ribut petir dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, bagi negeri Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak adalah di sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Katanya, cuaca sama turut dijangka landa Selangor iaitu sekitar kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI