fbpx

Ibu terkejut, anak buat ‘pesta susu’ di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiga kanak-kanak seronok bermain susu tepung

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi momen lucu mengenai anak-anaknya yang seronok mengadakan ‘pesta susu’ semasa ketiadaannya.

Menerusi video yang dikongsi Qsbatrisha di akaun TikTok miliknya memaparkan, tiga orang kanak-kanak seronok bermain susu tepung.

Susu tepung dilihat bertaburan di merata tempat terutamanya di bahagian kerusi dan karpet.

“Tinggal tak sampai setengah jam. Lumrah hidup mak anak tiga. Kesian ‘princess’ mama jadi korban abang-abang berpesta susu,” katanya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geli hati dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.

“Ya Allah, anak sayang oi! Elok kawan dengan anak ‘aunty’ boboy kuasa tiga. Kesian adik ‘baby’,” kata Niy.

“Selamatkan yang ‘baby’ tu dulu, habis jadi ayam goreng tepung nanti,” ujar Kucing Comel.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 5,631 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI