fbpx

Ribuan jemaah ambil berkat makan dalam talam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Rizdwan (depan) menunjukkan hidangan nasi dalam talam yang disajikan kepada lebih 1,000 jemaah yang hadir di Masjid Kapitan Keling malam tadi.

GEORGE TOWN – Lebih 1,000 jemaah di Masjid Kapitan Keling di sini dihidangkan dengan nasi dalam talam sempena malam 27 Ramadan semalam.

Sebanyak 400 talam yang diisi dengan nasi minyak, kari daging, ayam bawang, dalca serta acar disajikan kepada jemaah serta orang ramai selepas solat tarawih.

Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, amalan makan di dalam talam itu merupakan tradisi Ramadan yang wujud sejak pembinaan masjid berkenaan di negeri ini kira-kira 200 tahun lalu.

“Setiap tahun, pengurusan masjid sentiasa menghidupkan tradisi istimewa ini kerana makan beramai-ramai ada berkatnya terutama pada malam 27 Ramadan.

“Ini juga merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad, jadi kita hidupkan sunnah nabi di sini dengan menjamu jemaah makan dalam talam,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beritahunya lagi, keunikan tradisi makan nasi di dalam talam itu turut menarik perhatian pelancong asing untuk datang menyambut Ramadan di Masjid Kapitan Keling.

“Terdapat pasangan suami isteri dari Itali yang akan datang ke Pulau Pinang bagi menyambut Ramadan dan mereka akan bersama-sama mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan.

“Mereka juga akan turut serta menikmati hidangan nasi di dalam talam kerana mereka tidak menjumpai tradisi ini pada masjid negara lain yang sering mereka lawati,” ujarnya makanan tersebut juga turut diedarkan kepada anggota bomba dan balai polis terdekat sebagai juadah berbuka puasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI