fbpx

Kementerian Luar sedia pindah warga Malaysia dari Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra, Putrajaya.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar hanya menunggu masa bersesuaian untuk memindahkan seramai 29 rakyat Malaysia di Sudan daripada kancah perang saudara yang tercetus di negara itu sejak Sabtu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, usaha itu susulan pihak Wisma Putra telah mengaktifkan Operasi Sudan yang bertugas selama 24 jam sejak bermula krisis itu.

“Kami berperanan memastikan tahap keselamatan dan isu kebajikan semua warga Malaysia yang berada di negara Afrika itu sentiasa terpelihara dengan sempurna.

“Pasukan khas untuk operasi itu yang turut disertai beberapa agensi sudah membuat persiapan dan perancangan rapi termasuk pemindahan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, perancangan bagi membawa keluar warga Malaysia agak sukar kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum telah ditawan oleh RSF.

Terminal udara itu yang merupakan satu-satunya penghubung Sudan dengan dunia luar masih belum dibuka, malah sejumlah pesawat awam negara asing musnah akibat dibedil.

“Wisma Putra telah berhubung rapat dengan beberapa negara sahabat antaranya Arab Saudi, Amerika Syarikat, China, Turkiye dan Qatar untuk proses pemindahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI