fbpx

‘Ini bukan baju pengantin saya’ – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah mengenakan busana serba putih persis pengantin melambangkan permulaan baharu kehidupannya selepas ini. - Foto oleh MUHAMMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Bagai merpati putih terbang tinggi.”

Demikian maklum balas pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin yang membuat kejutan mengenakan busana seakan baju pengantin rona putih ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pukul 9.20 pagi tadi.

Katanya, dia memilih persalinan serba putih sebagai lambang kehidupan baharu yang bakal ditempuhnya nanti sebaik ‘dilepaskan’ suaminya, Syamsul Yusof, hari ini.

Menurut Puteri Sarah lagi, pemilihan warna cerah juga menunjukkan dia tidak dihimpit depresi biarpun berdepan isu rumah tangga.

“Setiap kali datang mahkamah sebelum ini saya pakai hitam. Hitam melambangkan depresi. Saya tak depresi, saya tak ‘stress’, saya gembira.

“Tapi ini bukan baju pengantin saya. Cuma saya pilih sebab putih melambangkan permulaan kehidupan baharu saya selepas ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemani adik-adiknya, ibu kepada dua cahaya mata itu sempat meminta lebih 30 wakil media daripada pelbagai agensi mendoakan urusan perceraiannya dengan Syamsul dipermudahkan.

Terdahulu, pada 10 April lalu di mahkamah sama, Syamsul bersetuju untuk menceraikan Puteri Sarah sekali gus berpisah secara baik seperti dipinta isteri pertamanya itu.

Sebelum ini, pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Dia nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI