fbpx

Lelaki tersepit dalam garaj akibat pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tersepit dalam runtuhan garaj akibat pokok tumbang di Jalan Pantai Dalam, Kampung Dato Tatah, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tersepit dalam runtuhan garaj akibat pokok tumbang di Jalan Pantai Dalam, Kampung Dato Tatah, di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Zakaria Shaari berkata, seramai 11 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.10 petang.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku pokok tumbang menghempap garaj.

“Seorang mangsa lelaki tempatan berusia 29 tahun tersepit di dalam runtuhan garaj tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Zakaria, mangsa berjaya dikeluarkan, namun mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI