fbpx

[VIDEO] Masalah sistem brek punca 8 kenderaan dilanggar lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan beberapa kenderaan yang dilanggar lori pasir dalam kejadian di Rawang Mutiara Business Centre dekat Selangor petang tadi.

GOMBAK – Masalah brek dipercayai punca pemandu gagal mengawal lori sebelum mengundur lalu melanggar lapan kenderaan di Rawang Mutiara Business Centre, di sini petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.47 petang.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati kemalangan berlaku melibatkan lapan kenderaan dengan sebuah lori pasir di hentian lampu isyarat.

“Lori tersebut dipercayai mengalami kegagalan sistem brek sebelum mengundur secara perlahan dan melanggar kenderaan di belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Morni berkata, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.

“Semua mangsa dalam kenderaan didapati sempat menyelamatkan diri setelah menyedari perkara berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan baru menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI