fbpx

Selangor FC nafi beri gaji AS$30,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim dan Ayron del Valle antara watak baharu pasukan Selangor FC musim ini. - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Pengurusan Selangor FC menafikan dakwaan ada pemain import dalam pasukan ditawarkan gaji mencecah AS$30,000 (RM132,650) sebulan seperti yang tular di laman sosial hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan Gergasi Merah mengesahkan bahawa hantaran itu adalah palsu, tidak tepat dan dianggap fitnah.

“Kelab menafikan sekeras-kerasnya menggaji mana-mana individu dengan skala gaji yang didakwa di dalam media sosial terbabit.

“Kelab mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu yang boleh merosakkan imej kelab yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan menggugat kestabilan kelab, lebih-lebih lagi sambil bersembunyi di sebalik tabir tanpa nama.

“Pihak kelab akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemfailan laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pihak berkuasa lain yang berkaitan,” kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Selain itu, Selangor FC juga memberi jaminan bahawa skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berada pada landasan yang tepat untuk melangkah maju ke depan.

“(Selangor FC) akan kekal komited terhadap nilai pasukan yang berteraskan integriti, ketelusan dan keadilan dalam membina sebuah kelab bola sepak yang kukuh dan berjaya, di atas mahupun di luar padang.

“Kelab tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini sementara menunggu prosiding undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Sebagai rekod, satu hantaran menerusi laman Facebook Harimau Selatan X telah tular dengan mendakwa skuad Gergasi Merah menawarkan gaji mencecah RM132,650 sebulan untuk salah seorang pemain import musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI