fbpx

Banjir kilat, jalan sesak sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keaadaan aliran trafik semasa di Jalan Tuanku Abdul Halim. Foto oleh Info Trafik Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Banjir kilat dilaporkan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehingga menyebabkan kesesakan berikutan hujan lebat pada petang ini.

Menurut Facebook Info Trafik Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, banjir kilat telah menyebabkan kesesakan di Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Tun Razak.

“Cuaca hujan turut menyebabkan kesesakan di Jalan Istana, Jalan Kuching, Jalan Maharajalela dan Jalan Tun Perak.

“Beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) turut berdepan situasi yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Ukay Perdana menghala ke Pandan Perdana juga dijangka mengalami kelewatan satu jam ekoran kemalangan yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI