fbpx

View Chin luah rindu anak selepas kisah tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dikongsikan View Chin baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kecoh baru-baru ini apabila pensohor media sosial terkenal, View Chin rindu pada anak-anak selepas kisahnya tular.

Dia juga turut memuat naik beberapa keping gambar baru-baru ini, bersama anak-anakya di Instagram ‘story’ miliknya dengan kapsyen ‘rindu’.

Perkongsian itu malangnya menambah lagi rasa marah orang ramai apabila dia dianggap menggunakan anak-anak sebagai medium untuk meraih simpati.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila Shermine Ah Moi, bekas isteri kepada View Chin juga turut memberi maklum balas berkenaan isu tersebut di Facebook miliknya.

“Rindu? Anak ke? Kalau rindu kenapa nak pergi hotel masa tu? Duduk dekat rumah teman anak lah. Kenapa saya keluar, tak boleh teman anak? Saya tak faham,” luah Ah Moi.

Hantaran yang dikongsikan Ah Moi menjadi tular di Facebook dengan tanda suka sebanyak 38,800, 5,700 komen dan 2,900 perkongsian.

Sebelum ini tular di media sosial apabila isterinya, Shermine Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp View Chin dan Mira ‘berskandal’ di TikTok dan Facebook miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI