fbpx

Kerajaan lulus peruntukan RM25 juta kepada DBP, Yayasan Karyawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma DBP di Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan RM25 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Karyawan bagi meningkatkan usaha menerbitkan karya bermanfaat kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM20 juta diberikan kepada DBP seperti diumum menerusi Belanjawan 2023 sementara RM5 juta lagi diberi kepada Yayasan Karyawan.

“Saya juga akan terus berikan sokongan dalam usaha memartabatkan penguasaan bahasa, budaya yang menggali karya penting yang menjaga survival bangsa dan tradisi yang boleh mengangkat maruah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui hantaran di Facebook selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Dalam pada itu, pada majlis berkenaan Anwar turut menekankan kepentingan menggali, menelaah dan membangkitkan karya-karya penting itu.

“Begitu juga dengan Shaykh Daud bin Abdullah al-Fatani, ulama Melayu abad kesembilan belas yang menulis kitab jawi lama yang membahaskan perihal solat, berjudul ‘Munyatul Musalli’ (impian orang yang bersolat) walaupun kitab ini adalah mengenai solat, pada bab yang terakhir dalam kitab iaitu ‘Tatmim al-Faidah’, Shaykh Daud telah menyentuh mengenai kepemimpinan dan keadilan.

“Al-Fatani menulis bingkisan-bingkisan kisah yang mampu memberi kesedaran kepada sang penguasa untuk menambahbaik kesejahteraan bagi keseluruhan masyarakat yang dipimpinnya, melalui pengamalan pemerintahan yang adil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI