fbpx

Klook tarik pengunjung ke Taman Hidupan Liar Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran di Mandai Wildlife Group, Jean Choi dan Fah menunjukkan dokumen Memorandum Persefahaman yang ditandatangani hari ini.

PETALING JAYA – Platform pelancongan, Klook dan Mandai Wildlife Group mengumumkan perkongsian strategik tiga tahun bagi menarik minat pengunjung dan pelancong antarabangsa ke Mandai Wildlife Reserve, sebuah kawasan hidupan liar dan alam semula jadi bersepadu yang menempatkan taman hidupan liar di Singapura.

Dengan memanfaatkan kepakaran pemasaran digital dan penghasilan kandungan sosial Klook di rantau Asia Pasifik, kerjasama tersebut menyasarkan golongan milennial dan Gen-Z merentasi enam pasaran utama iaitu di Australia, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Korea Selatan.

Ketua Pegawai Operasi & Pengasas Bersama di Klook, Eric Gnock Fah berkata, pihaknya cukup gembira untuk bekerjasama dengan Mandai Wildlife Group dan menyokong objektif mereka untuk menjadikan Mandai Wildlife Reserve sebagai salah destinasi pilihan di rantau ini.

“Kerjasama kami mencerminkan nilai dan komitmen bersama kami terhadap pelancongan bertanggungjawab serta perlindungan bumi dan kehidupan liarnya.

“Dengan penyediaan kandungan sosial sebagai medium sempurna untuk mempamerkan pengalaman menakjubkan di Mandai, kami menyasarkan golongan pengembara yang lebih muda dan mengajak mereka mengalami penjelajahan baharu dan mencipta kenangan yang bermakna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerjasama yang bermula pada April 2023 itu akan dimulakan dengan kempen digital serantau bersepadu, siri pengaktifan dalam talian ke luar talian, kandungan sosial serta tawaran baharu yang dijual secara eksklusif di platform Klook.

Pengunjung boleh mendapatkan Mandai Klook Pass baharu dan pakej lain yang mengandungi tiket masuk bersama dengan makanan, pengalaman bersama hidupan liar, pengangkutan dan kad SIM untuk kemudahan perhubungan yang mencipta pengalaman yang mudah dan lancar untuk setiap pengembara. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI