fbpx

PKPD Kampung Padang Che Mas tamat ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat susulan tiada kes positif Covid-19 direkodkan di kampung berkenaan.

“Sehingga 29 Oktober 2020, melalui ujian saringan yang dilaksanakan, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan.

“Sehubungan itu, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD Kampung Padang Che Mas pada 31 Oktober 2020 seperti yang dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

PKPD Kampung Padang Che Mas dilaksanakan bermula 18 Oktober hingga 31 Oktober 2020. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI