fbpx

Anggota polis menang Proton Persona di bazar Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SHARUL memenangi cabutan bertuah utama sebuah kereta Proton Persona di Melgrab Jalan Hang Tuah, Melaka. - foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Seorang anggota polis berpangkat konstabel tergamam apabila namanya diumumkan memenangi hadiah utama, sebuah kereta Proton Persona bernilai kira-kira RM50,000 sempena cabutan bertuah Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) Jalan Hang Tuah di sini.

Menurut Muhammad Sharul Aiemi Abdullah, 21, pada mulanya langsung tidak percaya ketika dihubungi penganjur memaklumkan dirinya terpilih sebagai pemenang utama.

“Saya terima satu panggilan sewaktu tengah berkerja, memaklumkan saya dipilih sebagai pemenang kereta Proton Persona.

“Mulanya saya ingat scammer cuba perdaya kononnya saya menang hadiah kereta tetapi kegusaran saya hilang apabila melihat rakaman majlis cabutan itu di aplikasi TikTok.

“Alhamdulillah sudah rezeki saya dan sangat bersyukur kerana menang sebuah kereta yang tidak pernah saya mimpi menerusi cabutan bertuah,” katanya ketika ditemui selepas menerima replika kunci disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, kelmarin.

Tambah Muhammad Sharul Aiemi yang baharu tiga bulan bertugas di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapah), Jempol, Negeri Sembilan, dia berbelanja hampir RM800 di Melgrab untuk membeli baju raya.

Ujarnya, dia akan menggunakan kereta itu untuk kegunaan seharian memandangkan belum memiliki kereta kerana baharu sahaja bekerja.

“Ayah yang suruh saya hantar tiket itu sebab dia cakap, mana tahu ada rezeki menang sebuah kereta,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI