fbpx

Mael Totey The Movie diciplak, Finas mahu ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Mael Totey The Movie

KUALA LUMPUR– Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil serius berikutan aduan yang diterima daripada penerbit filem Mael Totey The Movie mengenai kegiatan pengedaran filem melalui platform media sosial dan laman sesawang tanpa lesen pengedaran yang sah.

Ketua Pegawai Ekslusif Finas,Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, aktitivi tersebut merupakan satu pelanggaran hak cipta serta syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.

“Finas melalui Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan bertindak proaktif dalam mendepani isu ini dan siasatan awal mendapati beberapa platform digunakan untuk menjalankan kegiatan pengedaran filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

“Finas ingin mengingatkan kepada pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran filem melalui platform media sosial, e-dagang dan laman sesawang yang melibatkan urusan edaran, jual beli dan sewaan atas talian tanpa lesen pengedaran yang sah, melakukan pelanggaran Hak Cipta serta syarat-syarat lesen yang ditetapkan untuk menghentikan kegiatan ini dengan serta-merta,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Finas komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran haram berdasarkan Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan, pesalagh boleh didenda dibawah Seksyen 25(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Finas juga ingin menasihatkan kepada orang awam agar tidak menyokong dan bersubahat (melanggan, membeli dan memuat turun) sebarang kegiatan filem yang disyaki tidak memiliki lesen pengedaran yang sah melalui platform media sosial, e-dagang dan laman sesawang.

“Pihak kami bersifat terbuka dan menyambut baik untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan dalam membanteras kegiatan aktiviti pengedaran filem tanpa lesen yang sah daripada Finas serta tidak mematuhi undang-undang.

“Sebarang maklumat dan aduan berkaitan boleh diajukan melalui emel [email protected],” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI