fbpx

PM tunai solat Jumaat pertama di Masjid Haji Muhammad Yassin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin melaksanakan solat sunat dua rakaat sebaik tiba di Masjid Haji Yassin, Pagoh hari ini. - Foto oleh NUR ALINA HASSAN

PAGOH- Selepas siap sepenuhnya pada September lalu, Masjid Haji Muhammad Yassin yang dibina bersempena nama bapa Perdana Menteri itu kini dibuka untuk kepada orang ramai.

Lebih menarik, pembukaan pertama turut menyaksikan kehadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin serta pegawai negeri Johor bersama-sama mengerjakan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Terdahulu, beliau yang tiba di masjid pada pukul 12.30 tengah hari lengkap berpakaian baju Melayu biru berserta samping selain turut memakai pelitup muka.

Turut mengiringi beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut; serta Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh dilihat mendirikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu sebelum mendegar khutbah yang disampaikan oleh Imam Besar Johor, khatib Makhadzir Abdan.

Beliau kemudiannya menyempurnakan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 para jemaah sambil turut mengekalkan penjarakan sosial.

Dalam pada itu, Kadi Daerah Muar, Mohd. Taufik Datuk A. Samsudin berkata, masjid seluas 4.73 hektar itu mampu memuatkan sehingga 3,500 jemaah.

Masjid yang dibuka di kawasan Hub Universiti Pagoh itu turut dilengkapi dengan kemudahan Laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI