fbpx

Sambut raya jangan lupa jaga kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli-belah saat akhir bagi persiapan menyambut Syawal. - Gambar hiasan
NUR HUDA MUSA,
WARTAWAN EKSEKUTIF

BERBAKI beberapa hari lagi umat Islam di negara ini bakal menyambut Aidilfitri. Sudah pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut perayaan tersebut.

Sambutan raya pada tahun ini pasti meriah kerana ini merupakan tahun kedua kita dapat menyam­butnya dengan selesa tanpa sebarang sekatan.

Bagaimanapun, dalam ke­gembiraan menyambut raya, kita perlu menitik-beratkan kesihatan ketika musim perayaan.

Ini selepas Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital pada awal bulan ini meningkat 17.6 peratus pada April berbanding Mac.

“Majoriti pesakit yang dima­sukkan ke hospital adalah golo­ngan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbid.

Bagi penulis, ketika perayaan nanti, bukan virus Covid-19 yang perlu kita takuti, tetapi penyakit lain yang berpunca akibat memakan pelbagai juadah juga perlu diberi perhatian supaya kita tidak menjadi penyumbang kepada penambahan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital ketika musim raya nanti.

Justeru itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjamu selera bagi mengelakkan keracunan makanan ketika musim perayaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya terus patuhi nasihat untuk memastikan makanan dan minuman bersih dan selamat.

“Jika diperoleh dari kedai makan di luar, pastikan ia dikendalikan oleh mereka yang bersih dan sentiasa patuh dengan ke­perluan peraturan dan penyediaan makanan.

“Sentiasa periksa makanan yang sudah dimasak di bazar atau gerai dengan cermat, e­lakkan membeli makanan dari pada pengendali yang kita tidak pasti latar belakangnya atau kita tidak pernah mempunyai pe­ngalaman bersama mereka,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Malina, penyediaan makanan dalam jumlah yang besar perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan potensi pencemaran.

“Cara penyimpanan makanan yang sudah dimasak juga perlu dititikberatkan terutama yang memerlukan pemanasan semula bagi elakkan makanan mudah rosak atau basi dan tidak sesuai untuk dimakan,” jelasnya.

Bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 atau jangkitan yang menyebabkan radang paru-paru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berada di tempat sesak tanpa keperluan.

“Jika perlu, pastikan pakai pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan tangan. Jika demam dan ada gejala Covid-19, lakukan ujian saringan.

“Jika positif Covid-19, ambil langkah kuarantin dan seterus­nya elakkan bercampur atau berinteraksi dengan individu lain tanpa pemakaian pelitup muka yang sempurna. Jaga kebersihan tangan dan alam sekitar,” kata­nya.

Jelasnya, langkah waspada perlu dilipatgandakan andai ada individu yang rapat tidak pernah menerima suntikan vaksin atau tidak lengkap dos vaksin.

“Dalam pada itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, elakkan keluar rumah jika ada anak-anak yang demam atau kurang sihat. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor dan pastikan ubat-ubatan mencukupi.

“Jangan dedahkan anak-anak yang kurang sihat kepada persekitaran yang boleh menjangkiti mereka yang masih sihat,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI