fbpx

Penonton kecam aksi bakar diri Britain’s Got Talent

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi ini dianggap amat berbahaya untuk ditonton seisi keluarga. - Britain’s Got Talent

LONDON – Penonton  Britain’s Got Talent menyelar program pencarian bakat televisyen popular itu selepas seorang peserta membakar dirinya di atas pentas ketika cuba menyelesaikan kiub rubik dalam episod baharu yang disiarkan semalam, lapor portal berita MailOnline.

Pengguna laman Twitter meluahkan rasa marah mereka dan menyifatkan aksi tersebut  ‘amat berbahaya’ serta tidak wajar dilakukan dalam rancangan televisyen yang ditonton oleh seisi keluarga.

Dalam aksi tersebut,  pelagak ngeri, Thomas Vu  dijilat api yang marak dan dalam masa sama, dia cuba menyelesaikan teka-teki kiub rubik tersebut. Vu memakai pakaian dilitupi  gel kalis api  untuk aksi berbahaya itu.  

Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada panel  juri, penonton di rumah mempersoalkan aksi Vu.

Aksinya menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penonton di rumah dengan ramai meluahkan rasal kesal mereka di  laman sosial.

“Apa yang telah berlaku kepada BGT (Britain’s Got Talent) kerana membiarkan seseorang terbakar semata-mata demi hiburan,” kata seorang netizen.

“Maaf,  tetapi memaparkan aksi seorang lelaki membakar dirinya dalam rancangan kekeluargaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima meskipun ada kenyataan bertulis ‘Jangan tiru aksi ini di rumah’,” kata pengguna media sosial  lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI