fbpx

Cuaca panas dijangka berlanjutan dalam tempoh panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA -Keadaan cuaca panas telah berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan telah menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius iaitu pada Tahap 1 (Berjaga-jaga).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, orang ramai perlu berwaspada dan mengelakkan dari melakukan pembakaran terbuka.

Ia susulan keadaan cuaca panas berkenaan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang.

Sehubungan itu, katanya, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka terhadap dua negeri sehingga pukul 4 petang ini.

“Ribut petir dijangka berlaku di negeri Sarawak di sekitar Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis) dan Limbang.

“Bagi Sabah adalah di kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” ujarnya.

Katanya, hujan dan ribut petir masih lagi berpotensi berlaku menjelang petang dan malam di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI