fbpx

Priyanka ke Hollywood kerana ‘politik’ Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

PAKEJ ternyata bukan jaminan untuk aktres seperti Priyanka Chopra membina nama di Bollywood.

Bosan dipinggirkan, isteri kepada penyanyi Nick Jonas mendedahkan penat dengan politik industri Bollywood sebagai alasannya lari Hollywood.

Namun, sebelum beraksi di layar perak, dia bekerja dengan beberapa penggiat industri muzik terkenal Amerika Syarikat sehingga berjaya menandatangani perjanjian dengan Interscope Records sebagai penyanyi pada awal 2010.

Hasil kerjasama tersebut membuka peluang untuknya menjalin kerjasama dengan ramai penyanyi rap termasuk Pitbull dan Will.i.Am,l.

Akhirnya Priyanka menyedari bakat serta minatnya lebih kepada bidang lakonan, bukan nyanyian seperti disangkakan.

Kongsi bintang berusia 41 tahun itu lagi, langkahnya di Amerika Syarikat menyinar sebaik mengikuti uji bakat untuk rancangan drama bertema perisik berjudul, Quantico.

“Saya membaca skrip supaya saya tahu apa rentak drama itu, malah saya bekerja dengan jurulatih lakonan.

“Di sinilah saya sekarang,” katanya yang membawa watak sebagai Alex Parrish dalam siri tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI