fbpx

Bekas pegawai SPRM peras ugut polis didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini selepas didapati bersalah memeras ugut seorang pegawai polis tiga tahun lalu.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Rommy Ma’i’aruf, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada tiga orang cahaya mata itu dihukum penjara 24 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Romy didenda RM10,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai hari ini.

Terdahulu, pada November 2017, Rommy mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis, Ahmad Hasbi Mohd Fauzi iaitu dengan curangnya mendorong untuk mangsa menyerahkan wang RM3,000 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Petronas Seberang Jaya di sini pada 8 Jun 2017 pukul 9.30 malam.

Rommy didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazri Abdul Rahim dan Yusaini Amer Abdul Karim, manakala tertuduh diwakili peguam Piyara Singh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI