PETALING JAYA – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan paras yang tidak sihat.
Berdasarkan tinjauan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mendapati, bacaan IPU di dua stesen di Seberang Perai dan Cheras, mencatatkan peningkatan pagi ini.
Seberang Perai mencatatkan bacaan 143, manakala di Cheras 151 pada pukul 11 pagi hari ini.
Ia menunjukkan bacaan IPU dalam trend semakin meningkat semenjak semalam.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. -KOSMO! ONLINE.