fbpx

Telinga anak Lan Solo ‘koyak’ terkena bucu kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECEDERAAN dialami anak lelaki Lan Solo, Akid bagaimanapun tidak begitu serius.

PETALING JAYA – Penyanyi Lan Solo berdepan insiden mencemaskan apabila anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff yang berusia lapan tahun mengalami kecederaan pada bahagian telinga akibat terlanggar bucu kabinet televisyen.

Kata Lan atau nama sebenarnya Muhd. Razlan Mohamed Yusof, kejadian tersebut disampaikan anak perempuannya ketika dia dan isteri, Nur Sheila menguruskan gerai jualan di sebuah festival di ibu negara, malam kelmarin.

“Alahai anak, sudah nak dekat raya abang. Biasanya budak-budak ini dekat-dekat nak raya kalau ke hospital sebab main bunga api atau mercun.

“Ini tak, kes lompat-lompat nak terkam apa entah di dalam bilik. Telinga terkena bucu kabinet. Allahuakbar, berderau darah daddy dan mommy dapat tahu tadi bila kakak WhatsApp.

“Kami tinggalkan sekejap saja sebab pergi meniaga, tapi itulah benda nak jadi. Tidak mengapa, Allah nak bagi ujian dalam bulan baik ini,” katanya.

Begitupun, bekas vokalis kumpulan Kristal itu tetap menzahirkan kesyukuran apabila kecederaan yang dialami anak lelaki tunggalnya itu tidak serius.

Malah katanya, kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku kerana Akid sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada bahagian kepala sebanyak dua kali.

“Alhamdulillah tidaklah teruk sangat luka pada bahagian telinga itu, tetapi biasalah, ibu bapa kan, faham sahaja.

“Sebelum ini dahi kiri, lepas itu kanan pulak koyak. Kali ketiga ini dekat bahagian telinga pula,  Akid oh Akid,” tambahnya.

Selain Akid, rumah tangga Lan dan isterinya diserikan tiga lagi cahaya mata perempuan, Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 9, dan Nur Amna Quzandra, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI