fbpx

4 maut dalam tembakan parti hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang kesan daripada tembakan dilihat di tingkap lokasi kejadian tembakan di Dadeville, Alabama. – Getty Images

DADEVILLE, ALABAMA – Sebuah parti hari lahir ke-16 bertukar menjadi babak pertumpahan darah apabila empat remaja ditembak mati manakala sekurang-kurangnya 28 yang lain cedera dalam insiden yang berlaku malam kelmarin, lapor stesen penyiaran CNN.

Kejadian tersebut berlaku di pusat bandar Dadeville sekitar pukul 10.34 malam (waktu tempatan), kata Agensi Penguat Kuasa Undang-Undang Alabama semalam.

“Kita kehilangan empat nyawa dalam insiden ini serta beberapa lagi mengalami kecederaan,” kata Sarjan Jeremy J. Burkett.

Tambah Burkett, terdapat beberapa jenis kecederaan yang dialami dalam kejadian tembakan itu dengan ada daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.

“Kami menerima kemas kini berterusan sepanjang hari dan sudah pasti akan cuba mengesahkan serta memahami semua orang yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Polis bagaimanapun belum menjelaskan sebarang maklumat mengenai suspek atau motif kejadian itu.

Salah seorang mangsa yang terbunuh ialah Philstavious Dowdell, yang merupakan pemain bola sepak sebuah sekolah tinggi dan abang kepada gadis yang menyambut hari lahir.

Menurut DJ parti tersebut, Keenan Cooper, dia tidak mendengar bunyi sebarang pergaduhan atau kekacauan sebelum tembakan berlangsung.

“Amat sedih melihat para pelajar ditembak dengan ada yang meninggal dunia. Mereka semua pasti akan menjadi trauma melihatkan mayat bergelimpangan di hadapan pintu,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI