fbpx

Harga tiket KL-Tawau masih RM3,138 – Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan dakwaannya bahawa harga tiket kelas ekonomi Kuala Lumpur – Tawau masih mencecah RM3,000.

Ka Siong menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, ia dibuktikan menerusi tiga semakan berasingan di aplikasi Super App pukul 3.30 petang tadi mendapati harga tiket kelas ekonomi dipaparkan adalah RM3,138.

“Jelas dipaparkan harga tiket kelas ekonomi KL-Tawau RM3,138. Jadi, masih seorang insan bernama Wee Ka Siong dipersalahkan? Harga tambang KL-Tawau bernilai RM3,138 semalam dan hari ini jam 3.30 petang kadar harga dipaparkan dalam Super App juga sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Ka Siong berkata, tuduhan dilemparkan Anthony terhadap beliau adalah tidak berasas dengan bukti-bukti yang telah saya tunjukkan dan beliau mohon tuduhan itu ditarik balik.

“Saya mahu Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) siasat kenapa laman web Malaysian Airlines (MAG) menunjukkan hanya kelas perniagaan ‘available’ sedangkan Super App lain masih menunjukkan masih ada tiket tambang ekonomi dari KL-Tawau dengan harga RM3,138,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI