fbpx

Mbappe penjaring sepanjang zaman PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE muncul sebagai penjaring sepanjang zaman buat PSG selepas menjaringkan gol untuk menang 3-1 ke atas musuh tradisi, Lens pada Sabtu lepas. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mencetak nama selaku penja­ring terbanyak sepanjang zaman pasukan itu dalam kempen Ligue 1 apabila menewaskan RC Lens 3-1 di Parc des Princes awal pagi semalam.

Mbappe, 24, kini merekodkan 139 jaringan untuk aksi Ligue 1 sekali gus memintas rekod PSG yang sebelum ini dipegang Edinson Cavani selepas meledak gol pertama pasukannya dalam perlawanan itu.

Dua lagi gol daripada Vitinha dan Lionel Messi turut menyaksikan PSG sudah ‘sebelah kaki’ untuk mempertahankan gelaran Ligue 1 musim lalu dengan ke­lebihan sembilan mata di tangga teratas dalam baki tujuh perlawanan selepas ini.

Tugas PSG menjadi lebih mudah apabila Lens terpaksa ber­aksi dengan 10 pemain sepanjang tempoh 71 minit apabila Salis Abdul Samed dilayangkan kad merah seawal minit ke-19.

Ketua jurulatih Lens, Franck Haise seperti sudah mengibarkan bendera putih dalam percubaan mereka memburu kejuaraan Ligue 1 sejak kali terakhir memenanginya pada musim 1997/1998.

“Kami sekarang ketinggalan sembilan mata di belakang PSG dan anda sendiri sudah boleh memutuskan apa kesudahannya walaupun masih ada baki perlawanan musim ini.

“PSG mempunyai pemain-­pemain berpengalaman dan be­rada dalam kelas tersendiri. Kami akan tetap mencuba sehingga pengakhirnya tetapi ia sesuatu yang sukar,” katanya.

Kelebihan sememangnya memihak kepada PSG kerana bakal bertemu empat pasukan yang berada di kelompok pe­nyingkiran dalam baki tujuh perlawanan selepas ini.

Jadual lebih sukar me­nanti Lens kerana masih perlu berdepan pasukan di tempat ketiga dan keempat, Marseille serta AS Monaco selain beberapa lawan yang berada di kelompok pertengahan liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI