fbpx

City bikin Arsenal tidak senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN City, John Stone (kanan) meraikan jaringan pembukaan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu City menewaskan Leicester 3-1 pada aksi EPL di Stadium Etihad kelmarin. – AFP

LONDON – Kemenangan selesa Manchester City 3-1 ke atas Leicester City awal pagi semalam bakal meresahkan Arsenal selepas pasukan kendalian Pep Guardiola merapatkan jurang dengan pendahulu liga tersebut dengan tiga mata.

Bagaimanapun, City bakal menghadapi tiga aksi penting sama ada mampu melengkapkan gelaran treble musim ini atau tidak terutama perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL).

City berpeluang untuk memenangi tiga kejuaraan pada saingan musim ini apabila masih bersaing dalam tiga pertandi­ngan termasuk EPL, Liga Juara-Juara serta Piala FA.

Selepas ini, skuad The Citizens akan bertandang ke Bayern Munich dengan kelebihan 3-0 selepas mengatasi pasukan itu pada suku akhir pertama Rabu lalu dan berpeluang untuk menjulang Liga Juara-Juara buat julung-julung kali musim ini.

Selepas itu, City akan menentang pasukan Sheffield United pada aksi separuh akhir Piala FA pada Sabtu depan.

“Seperti yang saya katakan dalam sidang media sejak akhir-akhir ini, kami perlu menang dan menang.

“Mereka (Arsenal) telah mengharungi permainan yang luar biasa setakat ini, saya tidak fikir mereka akan kehilangan banyak mata. Jadi, apa yang kami perlu lakukan adalah kekal berada di sana.

“Adalah penting bagi kami untuk melakar kemenangan hari ini dan akan menentang mereka pada perlawanan EPL seterus­nya. Kami perlu gunakan segala kesempatan yang ada untuk merapatkan jurang dengan Arsenal,” tegas Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI