fbpx

Wanita kematian suami mahu kuat demi 4 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Sahzuazmira bersama arwah suaminya.

BERA – Kematian suami akibat jangkitan kuman pada bulan lalu merentap kebahagian seorang wanita apabila dia kini terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ke­tua keluarga bagi membesarkan empat anak yang berusia empat hingga 12 tahun.

Kematian arwah Mohd. Taufiq Taib, 35, juga membuatkan Sahzuazmira Zulkifli, 34, menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pertama kalinya dalam suasana sayu tanpa suami di sisi.

Sahzuazmira berkata, kematian suaminya pada 21 Mac lalu memberi impak besar dalam kehidupannya yang bukan sahaja kehilangan ketua keluarga, malah mata pencarian untuk menyara mereka enam beranak.

Menurutnya, selepas kehila­ngan suami tercinta, dia dan anak-anaknya terpaksa berpindah ke rumah ibu bapanya di Kampung Imam Sulong di sini selain menukarkan anak-anak di sekolah yang berdekatan.

“Saya sendiri perlu mencari kerja untuk mengambil alih tugas suami, insya-Allah saya pernah bekerja sebelum ini, jadi harap­nya tidak ada masalah untuk be­kerja semula, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

“Walaupun sukar untuk menghadapi dugaan ini, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi dan akan berusaha bagi memastikan emosi anak-anak tidak terjejas akibat kehilangan bapa mereka,” katanya.

Bercerita mengenai penyakit arwah suaminya, Sahzuazmira memberitahu, pada mulanya dia sekeluarga beranggapan lelaki itu hanya demam biasa walaupun kerap diserang demam selama kira-kira dua bulan.

Jelas wanita itu, setiap kali pergi ke klinik, arwah suaminya hanya dimaklumkan mengalami demam biasa sebelum lelaki itu melakukan pemeriksaan di hospital.

Jelas Sahzuazmira, suaminya disahkan dijangkiti demam ta­nah hanya selepas keputusan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu dijalankan.

Pada masa ini, Sahzuazmira bergantung dengan wang simpanan arwah suami untuk per­belanjaan harian dan persekolahan anak-anak.

“Saya akan mencari kerja dalam masa terdekat ini memandangkan simpanan sudah semakin susut dan bapa yang sudah berusia dalam lingkungan 70-an juga sudah tidak boleh be­kerja lagi,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 156012332216 atas nama Shazuazmira Zulkifli atau menghubungi talian 012-9606037. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI