GOMBAK – Seorang wanita berusia 20 tahun maut setelah jatuh dari bumbung tingkat 13 sebuah kondominium di Jalan SG 9/8, Taman Sri Gombak, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.01 petang.
Susulan itu, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE