PERNAH berdepan kemungkinan tidak boleh menyanyi kerana menghidap penyanyi saraf ‘sindromstiff person’, penyanyi tersohor Celine Dion membuktikan semangat kuatnya melebihi rasa sakit yang ditanggung.
Selepas empat bulan mengumumkan didiagnosis dengan penyakit tersebut, dia tampil meluncurkan sebuah single baharu berjudul Love Again.
Ujar penyanyi berusia 55 tahun itu, Love Again merupakan lagu yang menjadi runut bunyi untuk filem dengan judul sama lakonan Priyanka Chopra dan Sam Heughan.
“Lagu ini sudah pun dilancarkan, manakala filem Love Again pula akan menemui penonton pada 5 Mei depan.
“Sejujurnya saya berasa sangat gembira apabila diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu ini,” katanya kepada E! News.
Selain Love Again, penyanyi yang popular kerana kelantangan vokalnya itu akan muncul dengan sebuah projek yang mempunyai lima buah lagu baharu.
Penghujung tahun lalu, penyanyi itu mengejutkan peminat apabila mendedahkan berdepan kemungkinan tidak boleh menyanyi lagi kerana penyakit yang dialaminya.
Dia memberitahu sindrom tersebut membuatkan ototnya menjadi kejang sekali gus mengganggu peti suara.