fbpx

Tiket kelas ekonomi KL-Tawau habis, kecuali kelas perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

PUTRAJAYA – Semua tiket kelas ekonomi bagi penerbangan Kuala Lumpur-Tawau pada musim perayaan ini sudah habis terjual kecuali tiket bagi kelas perniagaan.

Penjelasan itu dibuat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berikutan terdapat dakwaan tiket penerbangan KL-Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138 dibangkitkan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Loke berkata, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham Ismail berhubung isu tersebut.

Menurutnya, Izham mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau telah habis dijual kecuali kelas perniagaan.

“Beliau (Izham) juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi, tetapi kelas perniagaan. Harga tiket itu adalah RM2,863.40 bukannya RM3,138 seperti didakwa.

“Ini fakta yang perlu diperbetulkan. Sebagai bekas Menteri Pengangkutan, Ka Sionng mesti faham perbezaan antara tiket kelas perniagaan dan kelas ekonomi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ka Siong atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan mahal dan pandangan mengenai tambahan kapasiti.

Loke berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas tengah hari esok untuk memberikan maklumat lanjut berhubung penerbangan tambahan untuk musim raya tahun ini.

Selain Ka Siong, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkongsi rasa kecewa apabila melihat lonjakan harga tiket penerbangan domestik ke Sabah yang disifatkan tidak masuk akal.

Bung dalam hantaran di Facebook berkata, harga bagi tiket sehala ke negeri itu mencecah RM3,000 menyebabkan rakyat negeri itu tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI