fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang bakal melanda di tujuh negeri sehingga 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan berisiko adalah seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Perak (Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, bagi negeri Pantai Timur, MetMalaysia melaporkan Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Marang) berisiko dilanda cuaca buruk bagi tempoh yang sama.

“Bagi negeri Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta Jelebu, Negeri Sembilan (Jelebu).

“Hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu di lima daerah di negeri Johor iaitu Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Tambah MetMalaysia, bagi tinjauan cuaca di negeri Sabah pula, kawasan berisiko menerima taburan hujan pada petang ini adalah Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI